Sayarasa semua orang tau sejarah hang tuah yang 'official' Ini version saya yang kureng popular dan memang tak 'official'. Hang tuah ni pandai mainkan semua pihak. Dia tacklekan perempuan tempatan macam tun teja untuk raja. Dia juga tackelkan amoi-amoi dari cina untuk raja. Dia juga tukang takcelkan puteri gunung ledang untuk raja
MAKAMSULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH DI MASJID JAMEK KG RAJA, PAGOH, JOHOR Pada zaman kesultanannya Empayar Kesultanan Melaka merangkumi juga sebahagian besar negeri Johor dan juga sampai ke Palembang, Indonesia. MAKAM LAGENDA HANG TUAH; MAKAM TUN TEJA; DIMANAKAH BEKAS TAPAK ISTANA MELAKA??
HangTuah Mengakhiri Hayatnya Di Palembang. 27-11-2015 03:04 PM | Diterbitkan: CARI-LTS | Dilihat: 32817 | Komen: 315. penemuan kubur perlu dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga Hang Tuah dengan tulang dari kubur berkenaan. Berita selanjutnya : 14.
MakamHang Jebat Open Hang Jebat Mausoleum, Jalan Kampung Kuli, Malacca, Malaysia Description. Hang Jebat merupakan pendekar kedua paling mahir dan masyhur di kalangan lima pahlawan selain Hang Tuah. Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah dalam satu pertarungan demi maruah yang berlangsung tiga hari tiga malam. Operation Hours. monday 10:00 am 5
HangTuah Mengakhiri Hayatnya Di Palembang: CARI-LTS. Post time 27-11-2015 03:04 PM | Show all posts
35 Makam Hang Jebat. Bukan sahaja terkenal dengan Laksamana Hang Tuah, saudaranya Hang Jebat juga cukup mahsyur di negeri Melaka. Berdasarkan kisah yang disampaikan, Hang Jebat telah mati dibunuh oleh Hang Tuah sendiri dalam satu pertarungan yang berlangsung selama 3 hari 3 malam.
UeCVtq. Ketua Yayasan Alam Melayu Sriwijaya MALAYA bersama sejumlah pengurus melakukan ziarah ke makam Hang Tuah yang terletak di Kompleks Pemakaman Raja Raja Palembang Cinde Walang pada tanggal 8 Januari 2017. Lokasi kompleks pemakaman ini terletak di belakang Pasar Cinde Palembang dan merupakan area kompleks pemakaman raja-raja Kesultanan Palembang Darussalam dan keturunannya. Kata Hang yang melekat di “Hang Tuah”, mirip dengan bahasa Melayu Ugan/Pasemah yang menyatakan Orang yaitu Ughang, disebutkan dengan menghilangkan / tidak terlalu terdengar pada huruf “U”, sehingga terdengar seperti “Hang” saja. Maka, bila mengacu pada bahasa itu, Hang Tuah itu merupakan gelar yang bermakna Orang Yang Beruntung. Menurut Pengerusi Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong Pesawad, Khalid Hussin, dalam sebuah tulisan, Hang Tuah pada akhir zaman sebelum kejatuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka telah membawa diri ke Palembang, Indonesia kerana merajuk dengan Sultan Mahmud. “Oleh kerana itu, kita percaya bahawa makam Hang Tuah berada di Palembang. Menerusi apa yang ditulis oleh sepupu Hang Tuah, Tun Kola dalam manuskrip Hikayat Hang Tuah Duyong, laksamana Melayu terbilang itu terkesan dengan sikap dan perbuatan Sultan Mahmud yang banyak melakukan perkara tidak betul pada masa itu”. Lalu, beberapa tahun sebelum kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511, Hang Tuah membawa diri ke Palembang dan menetap bersama saudaranya, Tun Alam sehingga dia meninggal dunia di Palembang. Wallahu a’lam Posted by in Kegiatan Tagged hang tuah, ziarah
Penyelidikan dari Universiti Putra Malaysia UPM, mengenai keberadaan Hang Tuah, menunjukkan jejak terakhir Pahlawan Melayu itu berada di Temasik Singapura pada tahun 1511 ketika berusia 80 tahun. Setelah itu kemungkinan keluarga Hang Tuah berpindah ke Riau, dan menurut salah seorang zuriatnya, Hang Tuah mengakhiri hayatnya di Palembang sumber Makam Hang Tuah di Palembang Dalam situs makam Hang Tuah menurut kuncen setempat, letaknya di kompleks Pemakaman Kerajaan Palembang Darussalam, jln. Candi Welan, tepatnya berada disisi kanan makam raja dan keluarga kerajaan. Keberadaan Hang Tuah di Palembang, didukung pendapat dari Ismail Mohamed Yacob, yang mengaku sebagai generasi ke-12 keturunan Laksamana Hang Tuah sumber Ismail yang menetap di Singapura, masih menyimpan bukti berupa dua gelang tangan peninggalan Hang Tuah serta manuskrip tulisan tangan Hikayat Hang Tuah yang ditulis oleh Tun Kulah sepupu Hang Tuah. Teori Kehadiran Hang Tuah di Palembang Kehadiran Laksamana Hang Tuah di Palembang, diperkirakan terkait dengan persiapan Pasukan Palembang, untuk menyerang Portugis yang saat itu telah menguasai selat malaka. Sejarah mencatat, setidaknya Armada Laut Palembang bersama-sama Kesultanan Demak, terlibat 2 dua kali pertempuran melawan Portugis, yakni pada tahun 1512 dan tahun 1521 sumber [Misteri] Pangeran Sida ing Lautan, dan awal berdirinya Kerajaan Palembang?. WaLlahu a’lamu bishshawab Catatan Penambahan 1. Kata Hang yang melekat dalam nama “Hang Tuah”, mirip dengan bahasa Melayu Ugan/Pasemah yang berarti Orang yaitu Ughang, yang saat disebutkan dengan menghilangkan tidak terlalu terdengar pada huruf “U”, sehingga terdengar seperti “Hang” saja. Maka, bila mengacu pada bahasa tersebut, Hang Tuah itu merupakan gelar yang bermakna Orang Yang Beruntung. Dikisahkan beberapa tahun sebelum kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, Hang Tuah hijrah ke Palembang dan menetap bersama saudaranya, Tun Alam sehingga dia meninggal dunia di Palembang sumber Artikel Menarik 1. Mengapa NEDERLAND disebut BELANDA ? 2. Armada Laksamana Cheng Ho dan Sejarah Pempek Palembang ? 3. Alhamdulillah… Makam Tokoh Betawi, PITUNG ditemukan di Palembang !!! 4. Penampakan Awan “Lafaz ALLAH”, pada Pemakaman Ulama Karismatik Malaysia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat?
16 Januari 2016 616 PM KEHEBATAN Hang Tuah atau Tun Tuah sebagai seorang pahlawan ketika zamannya menyebabkan dia diangkat sebagai laksamana istana pada usia remaja. Setelah berguru bersama empat sahabat rapatnya, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu di Gunung Tundok berdekatan Gunung Ledang, mereka pulang ke Kampung Duyong. Kelima-lima mereka dikatakan berguru dengan seorang lelaki bernama Seri Petala Adi Putera. Nama Hang Tuah mula disebut-sebut sehingga ke dalam istana ekoran peristiwa dia menyelamatkan Bendahara Tun Perak daripada amukan seorang lelaki berketurunan Jawa. Setelah diangkat sebagai laksamana, wujud perasaan iri hati dalam kalangan pemuda Melaka terhadap kehebatan Tuah. Sejak dari itu, hidup Tuah dikatakan tidak asing dari asakan fitnah yang datang satu per satu sehingga membawa kepada peristiwa dia dihukum bunuh oleh sultan yang memerintah ketika itu. Namun, menurut Pengerusi Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong Pesawad, Khalid Hussin, Hang Tuah pada akhir zaman sebelum kejatuhan kerajaan kesultanan Melayu Melaka telah membawa diri ke Palembang, Indonesia kerana merajuk dengan Sultan Mahmud. “Oleh kerana itu, kita percaya bahawa makam Hang Tuah berada di Palembang. Menerusi apa yang ditulis oleh sepupu Hang Tuah, Tun Kola dalam manuskrip Hikayat Hang Tuah Duyong, laksamana Melayu terbilang itu terkesan dengan sikap dan perbuatan Sultan Mahmud yang banyak melakukan perkara tidak betul pada masa itu,” katanya kepada S2 baru-baru ini. Katanya, tindakan Hang Tuah yang membawa diri ke Palembang itu juga merupakan kesan daripada fitnah-fitnah yang dilontarkan kepadanya dan sikap sultan yang lebih mempercayai orang luar daripada mendengar pandangan panglima istananya sendiri. Malah, Hang Tuah sebenarnya dikatakan merupakan bapa mentua kepada Sultan Mahmud apabila baginda berkahwin dengan seorang anak Hang Tuah, Tun Sabariah. Maka, apabila Sultan Mahmud lebih mengutamakan pandangan orang luar yang banyak mempunyai agenda tersirat, Hang Tuah berkecil hati. Lalu, beberapa tahun sebelum kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511, Hang Tuah membawa diri ke Palembang dan menetap bersama saudaranya, Tun Alam sehingga dia meninggal dunia di sana. Ironinya, Khalid berkata, semasa Hang Tuah menjadi panglima perang istana, Melaka beberapa kali berjaya menewaskan serangan Portugis yang begitu mendambakan Melaka sehingga penjajah itu merasa gerun dengan kehebatan laksamana Melayu itu. Manuskrip itu, katanya, ada menyebut ibu bapa Hang Tuah iaitu Tun Mahmud dan Tun Lela Wati dan beberapa pengikutnya belayar meninggalkan Palembang untuk mencari tanah baharu. Apabila mereka tiba di Pulau Besar, bapa kepada Tun Lela meninggal dunia dan dimakamkan di pulau itu. “Tun Mahmud menamakan kawasan yang dimudik di kuala sungai sebagai Kampung Duyong. Inilah kampung yang wujud pada hari ini. Tidak lama selepas itu, Hang Tuah dilahirkan di situ. “Hang Tuah berasal dari kampung ini. Dakwaan mengatakan Hang Tuah berasal dari Tanah Besar China tidak benar. Sebenarnya, Hang itu adalah gelaran bagi pahlawan Melaka. Ia bukanlah nama berketurunan Cina ataupun sebagainya seperti yang diandaikan banyak pihak,” katanya. Katanya, berdasarkan apa yang tertulis di dalam manuskrip itu, maka logik dikatakan dakwaan makam Hang Tuah di Palembang itu mempunyai asas yang lebih meyakinkan bahawa pahlawan itu meninggal dunia di Palembang. Pendek kata, kewujudan Hang Tuah bukan satu mitos. “Masyarakat di Palembang begitu mengagumi Hang Tuah. Mereka tahu kisah pahlawan Melayu ini. Malah mereka yakin Hang Tuah wujud berdasarkan bukti yang ada di sana. Jadi, bagaimana pula wujud dakwaan bahawa Hang Tuah ini mitos atau tidak wujud? Itu sesuatu yang menyedihkan,” katanya. Menyentuh mengenai kewujudan Hang Tuah, ujar Khalid, Hang Tuah merupakan simbol kekuatan orang Melayu sejak sekian lama. Dia merupakan figura yang menguatkan lagi semangat orang Melayu. Sewajarnya sejarah mengenai Hang Tuah diperkukuhkan dengan membangkitkan fakta logik mengenai kewujudannya. Bagi persatuan itu katanya, mereka tampil dengan fakta dan bukti yang menunjukkan Hang Tuah merupakan seorang insan yang pernah dilahirkan di bumi Melaka. Fakta sejarah yang dinukil sendiri oleh saudara Hang Tuah, Tun Kola di Kampung Duyong. Katanya, jika hendak disangkal, masakan kerajaan negeri mengangkat Kampung Duyong sebagai perkampungan Hang Tuah yang telah wujud selama 600 tahun. Malah, terdapat bukti fizikal seperti Masjid Laksamana Hang Tuah, Perigi Hang Tuah, beratus-ratus kubur purba dan Sungai Duyong yang menjadi penghubung penduduk kampung itu dan seluruh Melaka. Tambah Khalid, sesiapa yang mahu mengetahui kisah lengkap mengenai Hang Tuah dialu-alukan datang dan berjumpa dengannya mahupun ahli persatuan tersebut yang rata-rata terdiri daripada keturunan dan susur galur Hang Tuah di Kampung Duyong. “Walaupun manuskrip asli Hikayat Hang Tuah Duyong yang dikarang Tun Kola itu kini disimpan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, namun persatuan ini mempunyai salinannya. Malah, ahli keluarga kami sempat menterjemahkan tulisan jawi kuno itu ke dalam tulisan rumi untuk difahami orang ramai mengenai kisah Hang Tuah,” katanya. Hang Tuah difitnah, meninggal di Palembang? - SUMBER
makam hang tuah di palembang